Thursday, 10 November 2016


MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN


PELANCONGAN AURA BIRU SDN. BHD. 
Car Rental Agency · Api-api Centre
Address: Marina Court Resort Condominium, Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Hours: 
Open today · 8:35AM–6:35PM

Image result for marina court resort condominium agoda


Tourist Information Center · Pusat Bandar Kota Kinabalu
Address: 51, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Hours: 
Open today · 8AM–5PM
Plan your visit
People typically spend 20 min to 3 hr here
Image result for sabah tourism board


Mayflower Holidays (Borneo) Sdn Bhd (Formerly Known as Discovery Tours (Sabah) Sdn Bhd) 
Travel Agency
Address: Lot G.22, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephens,, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Hours: 
Open today · 8:30AM–5PM

Image result for mayflower borneo


TEMPAT PENGINAPAN DI SABAH


RESORT ATAS AIR

Image result for RESORT DI SABAH



MESILAU NATURE RESORT 

Image result for RESORT DI SABAH




ASIANA HOTEL KOTA KINABALU

Image result for HOTEL DI SABAH


AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK DI SABAH


CORAL FLYER TERPANJANG DI MALAYSIA

Image result for aktiviti di sabah



SNOORKLING DI PULAU

Image result for aktiviti di sabah



BERKAYAK DI KAWASAN AIR TERJUN

Image result for aktiviti di sabah



CABARAN LASAK ZIP BORNEO

Image result for aktiviti di sabah



BERENANG DI WATER FALL 

Image result for aktiviti di sabah

MAKANAN ISTIMEWA DI SABAH


BURAS – BUGIS

Buras Tawau

Buras
Kalau yang inda pernah jalan pigi area-area Sandakan, Tawau, Kunak – Lahad Datu sekarang jalan! tu mungkin kau tidak akan pernah dingar ini barang ini. Dibuat dari nasi kukus bersantan yang kana bungkus sama daun pisang, mesti ko cakap macam pernah jak ku nampak ni barang ni? Mungkin sebab di KL macam lemang juga bah mangkali ni. Ada versi yang kana masuk serunding daging dalam dia. Besa Hari Raya banyak lau kau nampak di rumah kawan-kawan Bugis mu.



LATOK – BAJAU

Latok

Latok
Sebelum kau cakap, eh ndak pernah pun saya nampak ini barang di Kota Belud? Suku kaum Bajau terbahagi dua kumpulan yang stay di pantai Barat sama pantai Timur. Yang pantai Barat tu yang macam area Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar gitu. Pantai Timur pula yang besa di laut macam area Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Ni makanan Latok ni suku kaum yang area Semporna lah. Pernah bah ku makan juga ni. Siuk! Bila dia meletup-meletup kana gigit punya siuk. Masin sedia suda sebab memang spesis rumpair laut juga. Macam anggur rupa dia kan? ini ngam kalau kau makan sama sambal kaaa, ikan bakar kaaaa sama nasi yang panas-panas! Adui lapar.




SAYUR CAMPUR – DUSUN

Sayur Campur

Sayur Campur
Simple seja nama dia. First time dingar saya ingat sayur campur? Macam selalu seja saya bikin sayur campur masa hidup membujang sana KL masak sayur terjun! Tapi ini nama sudah sinonim sama ini sayur yang kombinasi asas dia ialah:
  • Batang tu daun bawang
  • Bunga Kantan
  • Lada Putih
  • Ikan Masin
  • Garam sama minyak



PINASAKAN – KADAZANDUSUN


Pinasakan



Pinasakan
Kalau Dusun panggil ‘Pinarasakan’. Kalau Kadazan ‘Pinasakan’ for your info. Ini barang ni paling bikin lapar ni. Time-time kalau baru kana masak ni, wap-wap dia keluar dan kasi wangi rumah.. aduiii tetamu yang datang pun trus kelaparan. Makan tu kerupuk yang kana hidang pun makin bikin lapar. Mungkin bukan semua suka bau dia, tapi kalau setakat Orang Sabah seja, 90% mesti suka aroma dia. Ikan kena la pakai Ikan Basung baru ngam. Kalau di jaman dulu-dulu masa urang-urang kampung kena jalan jauh-jauh sebab mau buat sistem barter, dorang kena la bawa bekalan makanan kan? Tapi itu musim mana lah ada kotak ‘cooler’ yang buli simpan ais semua tu daging-daging sama ikan? Ini salah satu masakan yang bulih tahan lama. Dingar cerita ada sampai 2 minggu pun bulih makan lagi masih! Ini ikan kana rebus sama air sampai dia jadi kering. Jadi rasa-rasa dia semua suda masuk dalam tu ikan dan since dia consider ‘kering’ so tahan lama sikit lah. Lagipun garam banyak juga so tu bakteria pun lambat siikit mau berparty. Dan haruslah makan sama nasi! Ui lapar. Pigi buka lanjang dulu lah tinguk apa mama masak! Sini ada resepi dia!




BINTANOK JAGUNG – RUNGUS


Bintanok Jagung

Bintanok Jagung


Ini macam stail kuih kukus dia. Baca tajuk pun tau sudah la memang bahan dia pakai jagung. Macam kuih lepat semenanjung gitu. Tiada campuran tepung juga. Siurang ada cover pasal ini Bintanok Jagung di sini klau kau mau baca lanjut.

DESTINASI MENARIK DI SABAH


NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU

Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyer.................. Sabah merupakan sebuah negeri yang juga turut mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik seperti di negeri-negeri lain di Malaysia. Ramai pelancong yang datang berkunjung dan bercuti di Sabah di sebabkan oleh faktor keindahan tempat-tempat menarik di Sabah. Antaranya ialah Pulau Sipadan, Kolam Air Panas Poring dan lain-lain lagi.


LATAR BELAKANG MENGENAI PULAU SIPADAN...

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia.
Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.



Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.Pulau Sipadan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya.

 Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens, Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral  Gardens.

KEISTIMEWAAN PULAU SIPADAN....

Pulau Sipadan amat terkenal dengan keindahan lautnya yang menjadi faktor utama ramai pelancong sama ada di dalam ataupun di luar negara berkunjung ke sini dan menghabiskan percutian mereka bersama keluarga tersayang dan juga di samping orang yang disayangi.Bagi yang berminat dengan ketenangan alam semulajadi, bolehlah berkunjung dan bercuti di pulau ini. Pulau Sipadan juga telah menyediakan pakej-pakej percutian yang sesuai bagi sebuah keluarga, pasangan kekasih dan sebagainya.


Oleh yang demikian, sebagai seorang warga Sabah, saya dan rakan-rakan amat bersyukur kerana mempunyai keindahan alam ciptaan Tuhan seperti Pulau Sipadan di negeri tercinta kelahiran kami.



KOLAM AIR PANAS PORING


Selain daripada itu, Kolam Air Panas Poring di Ranau juga mendapat sambutan yang baik daripada pegunjung terutamanya pada musim-musim cuti. Ramai pengunjung yang datang meluangkan masa bersama keluarga, kekasih dan sebagainya. Tempat percutian yang damai ini amat sesuai untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama sendiri.
Air terjunnya yang unik dan cantik juga telah menarik minat ramai pegunjung yang berkunjung di sini.Alam sekitar yang terdapat di Poring, banyak memberikan ketenangan kepada pegunjung yang sememangnya inginkan ketenangan dengan alam sekitar yang menghijau di sekeliling mereka.

Warna tumbuhan yang menghijau itu seakan-akan memberikan inspirasi bagi mereka yang ingin mendapatkan sesebuah idea sekaligus menyenangkan hati mereka dengan persekitaran hutan yang indah itu.





KEISTIMEWAAN PORING...


Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter di atas pokok. 

 





TURTLE ISLAND PARK

Image result for turtle island sabah

Taman Negara Pulau Penyu terletak 40km utara dari Sandakan, Sabah. Ia terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisan, dikelilingi oleh terumbu karang dan laut.  Ia terkenal dengan Penyu Pulau (Green Turtles) dan Penyu Karah/Penyu Sisik (Hawksbill Turtles) yang datang bertelur di pantai pulau ini.

Hanya di Pulau Selingan menyediakan perkhidmatan chalet bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini bagi menyaksikan penyu bertelur. Bulan Oktober adalah masa musim kemuncak bagi penyu naik ke pantai untuk bertelur.

Bulan yang sesuai untuk berkunjung ke tempat ini adalah Mac dan September, elakkan mengunjungi dari bulan Oktober ke Februari kerana tempoh berkenaan adalah berlakunya musim angin kencang Monsoon Timurlaut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Lembaga Pelancongan Sabah di talian 088-212121 atau Sri Pelancongan Sabah di talian 088-232121.

Pengangkutan

Para pengunjung boleh menaiki bot dari Sandakan ke Pulau Selingan. Walau bagaimanapun, tiada parkhidmatan bot awam disediakan. Oleh itu, pengunjung perlu berjumpa dengan pegawai bertugas di taman negara tersebut atau mengatur perjalanan ke Pulau Selingan melalui ejen pelancongan.


KEBAIKAN BERCUTI/BERKUNJUNG DI SABAH...

.....Terdapat banyak kebaikan yang akan anda perolehi sekiranya berkunjung dan menghabiskan cuti di sini. Salah satu daripadanya ialah, kos ke Sabah tidaklah semahal sebagaimana di tempat-tempat lain......Selain itu juga, keindahan semulajadi yang terdapat di Sabah dengan alam sekitar yang 99% menghijau di sekeliling tempat-tempat menarik yang terdapat di Sabah juga turut menjadi salah satu faktor yang menarik minat pengunjung untuk datang ke sini bersama keluarga serta orang yang disayangi dengan mencari ketenangan dan kegembiran.



.....Dari pelbagai bangsa dan berlainan negaralah,tempat-tempat menarik di Sabah ini juga turut memainkan peranan penting mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama manusia tanpa mengira bahasa percakapan seseorang itu, ia masih boleh mewujudkan hubungan baru yang lebih erat di kalangan pengunjung dan masyarakat Sabah.



PETA LOKASI PERCUTIAN


PULAU SIPADAN

Image result for PETA PULAU SIPADAN



KOLAM AIR PANAS PORING


Image result for PETA KOLAM AIR PANAS PORING SABAH



TURTLE ISLAND PARK

Image result for PETA SABAH